Seorang warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 72 Kampung Apek, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu.
Ketua Polis Daerah Setiu, Dsp Affandi Hussin berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.56 petang mangsa Abdullah Ismail, 65 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.